wanita-wanita di sebalik kejayaan jenama jumea

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JUMEA, aku harap korang semua dalam keadaan yang baik. So, hari ni aku nak cerita tentang bagaimana boleh terciptanya sebuah brand yang bernama JUMEA yang kini dah berjaya di export keluar negara dengan mempunyai warehouse sendiri di 3 negara iaitu Australia, Indonesia, dan Philippines. JUMEA juga “on track” untuk mengembangkan perniagaan ke tiga lagi negara, pada awal tahun 2021.

Ini ialah kisah di sebalik penciptaan jenama JUMEA dan perjalanan yang berliku sebelum “founder” JUMEA mengambil keputusan untuk “repositioning” semula plan perniagaan beliau yang kini menjadi sebuah jenama yang di export dan mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara lain.

Sejak dari itu, aku sedar pepatah yang menyatakan;

                       “Di sebalik kejayaan seorang lelaki sentiasa ada wanita yang menyokong”

Itu sememangnya benar. Ya, aku seorang lelaki dan aku menyokong pepatah ini kerana ini ialah pengalaman hidup aku sendiri,

Semua bermula pada lima tahun lalu, 2015 awal tahun bila aku dipukul oleh satu peristiwa hitam yang tak mungkin aku lupa sehingga akhir hayat aku. Sebelum tahun itu, aku mempunyai sebuah syarikat yang agak kukuh, menjana pendapatan 6 hingga 7 angka pada usia 25 tahun. Tapi langit tak selalunya cerah, satu hari aku di kejutkan dengan berita buruk apabila aku di tipu oleh syarikat lain.

Aku kerugian hampir RM12juta dan berhutang RM3.6juta, hidup aku mula ke laut. Simpanan aku kosong kerana cuba melangsaikan hutang-hutang yang ada tetapi masih tidak cukup. Tertekan dengan situasi aku ketika itu, dan cuba untuk mewaraskan diri… maka aku pergi membawa diri. Aku mula viral di media-media social dituduh menipu duit orang sedangkan pada masa itu aku yang di tipu sebenarnya, aku cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada semua tetapi tidak di endah.

Aku di cemuh, aku di hina, aku di ugut, sehingga batas-batas kemanusiaan tiada lagi dalam usaha menuntut hutang itu. Tiada ruang bagi aku untuk cuba berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Pada aku ketika tu, tiada siapa yang faham dan tiada siapa yang betul-betul ada dengan aku.


Di sinilah segalanya bermula, bermula semula dari tiada apa-apa. KOSONG, aku dalam keadaan yang kurang waras… Tiada modal, tiada kawan-kawan yang dulu sentiasa ada di sisi, tiada ilmu, tiada tempat tinggal dan tiada cahaya keluar bagi diri aku.

Watak seorang wanita yang bernama ibu yang tak henti-henti menyokong anaknya, menyara kehidupan aku dan isteri ketika itu yang tiada punca pendapatan. Bayangkan, ketika itu aku berusia 25 tahun tetapi aku masih menyusahkan ibu. Ibu seorang jururawat di hospital kerajaan, berapalah sangat gaji seorang jururawat untuk menyara aku dan tiga lagi adik aku.

Dalam keadaan aku yang kurang waras itu ibu memaksa aku untuk terus berusaha dan jangan putus asa, maka aku pergi berjumpa dengan seorang rakan aku di Negeri Sembilan. Rakan yang aku kenal dari perniagaan lama aku. Ketika itu, dia sedang mencipta nama dalam industri kecantikkan.


Aku merayu kepada dia untuk terima aku bekerja dengan dia walaupun tak bergaji, dengan niat untuk aku menimba ilmu baru dalam industri yang sangat janggal bagi aku. Industri yang penuh dengan politik dan saingan yang tinggi.


Aku di berikan tugasan untuk membawa masuk produk beliau ke Singapura kerana permintaan yang tinggi di sana. Dengan ilmu yang aku google, aku terus bergerak. Alhamdulillah, dapat laa sedikit untuk aku buat duit makan dan kegunaan aku dan isteri.


Kemudian, rezeki Allah… Rakan aku tadi meminta aku untuk bekerja “directly” dengan dia untuk menguruskan proses jual beli beliau dengan China. Tetapi masih tiada gaji, aku cuma mengambil upah daripada setiap unit yang aku uruskan.

RM0.20 setiap satu unit, aku tahu kecil… tetapi pada ketika itu, aku tersangat bersyukur dengan RM0.20 itu tadi. Dengan RM0.20 ini laa aku dapat menyara kehidupan aku dan keluarga, dan aku belajar bagaimana untuk aku berurusan dengan perniagaan antarabangsa serta cara untuk menguruskan duit yang sangat-sangat terhad.

Bagaimana untuk aku berurusniaga, mengelakkan dari ditipu dan banyak lagi. Ketika ini, terkadang masih lagi ada hari yang aku tiada duit langsung untuk membeli makanan untuk isteri di pejabat. PEJABAT??


Ya, pejabat sebab aku tak mampu nak sewa rumah… Maka aku dan isteri tidur di pejabat, Alhamdulillah aku ada boss yang memahami. Watak seorang wanita yang tabah dan setia kepada suami walau bagaimana susah suami dia. Aku sangat kagum, kerana aku ada seorang isteri yang sanggup berkorban dan terus bersama aku dalam susah dan senang aku.


Ada satu hari tu aku terpaksa makan burger yang boss aku belanja, di belah dua untuk di kongsikan dengan isteri selepas seharian kami tidak makan apa-apa. Aku sangat menghargai pengorbanan beliau sehingga ke hari ini, akan aku balas jasa beliau Inshaa Allah. 

Aku akan sambung episode cerita aku ini dalam blog seterusnya, di mana bagaimana aku bermula dengan perniagaan perkongsian antara aku dan 2 lagi rakan aku yang banyak mengajar aku dalam industri ini.

Disitu juga korang boleh lihat watak-watak wanita yang aku panggil “IRON LADIES” yang membantu dan mendokong aku untuk berada di sini sekarang. Percaya laa wahai wanita di luar sana, kewujudan korang sangat bermakna kepada lelaki-lelaki di luar sana yang sedang struggle daam mengejar cita-cita mereka.


GOoo Ladies~~


See u guys in the next blog.